recent posts

Akhirnya Yahoo Mati... Mungkin Tak...

Yahoo.com

Satu alamat laman web yang memang menjadi destinasi utama saya pada awal-awal saya diperkenalkan dengan internet.

Pelbagai servis yang saya selalu dan pernah guna seperti Yahoo Mail dan Yahoo Messenger. Saya pasti anda pun macam saya juga, ada peninggalan akaun Yahoo atas nama anda yang mungkin dah tak digunakan lagi dan hanya mengumpul habuk siber.

Sekarang pada awal 2017, Yahoo akan berkubur.

Tetapi mungkin hanya namanya sahaja yang berkubur kerana Yahoo akan ditukar nama kepada Altaba selepas pengambil alihan oleh syarikat telekomunikasi Verizon dimuktamadkan.

Pada Julai yang lalu, Verizon bersetuju untuk membeli Yahoo pada harga USD 4.83 Billion. Urusniaga ini tidak termasuk dengan saham bernilai daripada Alibaba dan Yahoo Japan.

USD 4.83 Billion Adalah Jumlah Yang Besar... Tapi...

Mungkin ada diantara kita yang merasakan bahawa jumlah USD 4.83 Billion yang ditawarkan oleh Verizon itu adalah banyak. Tetapi sebenarnya, Yahoo pernah mendapat tawaran pembelian yang lebih tinggi lagi daripada itu iaitu sebanyak USD 48 Billion, 10 kali ganda dari apa yang mereka dapat pada pengambil alihan ini.

Itulah jumlah tawaran pembelian yang dikemukanan oleh Microsoft beberapa tahun dahulu tetapi sayang Yahoo menolak mentah-mentah tawaran tersebut.

CEO Yahoo sekarang juga akan keluar daripada syarikat tetapi bukan pada masa yang terdekat. Ada juga ahli lembaga pengarah yang juga akan turut mengikut langkah Mayers (CEO Yahoo) seperti co-founder Yahoo sendiri.

Tapi sebenarnya mungkin juga pengambil alihan ini tidak akan dimuktamadkan oleh Verizon kerana imej Yahoo semakin tercemar gara-gara pelbagai masalah termasuklah pengakuan Yahoo sebelum ini yang sebilangan besar akaun penggunanya telah digodam dan pelbagai maklumat telah bocor di internet.

Verizon mungkin sedang mencari jalan keluar daripada memuktamadkan pembelian ini kerana secara jujurnya, jika pembelian ini tidak termasuk dengan saham bernilai dari Alibaba dan Yahoo Japan, operasi induk Yahoo mungkin tidak begitu bernilai kepada mereka.

Apa Masa Depan Yahoo?

Yahoo berdepan dengan masa depan yang sukar sejak dari dulu lagi, setelah kuasa monopolinya untuk enjin carian dirampas oleh Google. Yahoo ketinggalan jauh berbanding Google terutama dari segi jumlah pengguna harian produk dan perkhidmatan mereka.

Maksud saya, cuba anda ingat kali terakhir anda guna apa-apa servis dari Yahoo... Saya sendiri pun dah tak ingat bila saya taip Yahoo.com pada address bar web browser saya!

Apa-apa pun dunia teknologi memang sangat mencabar kerana teknologi berubah dengan cepat setiap hari. Moga Yahoo dapat cari jalan keluar dari masalah mereka dan menjadi syarikat bernilai semula.


Akhirnya Yahoo Mati... Mungkin Tak... Akhirnya Yahoo Mati... Mungkin Tak... Reviewed by shafiq on 4:15 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Waduh, serius Yahoo akan seperti itu? Saya sudah terlanjur punya e-mail di Yahoo. Entah pihak mereka akan backup user data atau justru tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berita ni dah lama. Saya pun tak ingat apa status Yahoo sekarang tapi dari segi penggunaan, Yahoo masih boleh digunakan. Cumanya pemilik Yahoo tu munkgin dah berubah.

      So no need to worry :)

      Delete

Ad Home

Powered by Blogger.