Nintendo Switch dah di Hack!
Akhirnya yang saya nanti-nantikan telah berlaku - Nintendo Switch telah digodam!
Konsol permainan paling inovatif pada ketika ini iaitu Nintendo Switch akhirnya berjaya digodam oleh penggodam terkenal fail0verflow.
Beberapa minggu lalu failOverflow telah memuat naik gambar yang menunjukkan sebuah Nintendo Switch berjaya untuk menjalankan Linux OS.
— fail0verflow (@fail0verflow) 6 February 2018
Sekarang, mereka telah menguatkan lagi bukti penggodaman mereka dengan memuat naik video yang menunjukkan mereka menggunakan Linux pada Switch.
Code execution is all the rage these days, but can your Switch do *this*? ;-) #switchnix pic.twitter.com/NMnBq61tOM— fail0verflow (@fail0verflow) 17 February 2018
Dalam video tersebut kita dapat saksikan bahawa Linux berjalan dengan lancar sekali termasuklah kemampuan untuk mengawalnya menggunakan sentuhan jari, mengawal kecerahan skrin dan juga internet pun nampaknya boleh digunakan juga.
Menurut failOverflow, pihak Nintendo tidak boleh buat apa-apa untuk menyekat konsol Switch mereka di pasaran sekarang daripada digodam kerana eksploit ini adalah disebabkan oleh security bug yang berada pada cip grafik Nvidia yang digunakan didalam Switch.
Mereka juga mengatakan bahawa modchip tidak diperlukan untuk melakukan godaman ini.
Antara lain, perkembangan ini mungkin akan menyebabkan Switch akan mampu untuk memainkan permainan pirate pada masa akan datang.
Jika perkara itu berlaku, Nintendo mungkin akan mengalami kerugian yang banyak kerana konsol ini adalah sangat popular dan mereka juga telah berjanji untuk menyokong Switch untuk tempoh yang lama.
Nintendo Switch dah di Hack!
Reviewed by shafiq
on
10:00 AM
Rating:
No comments: