recent posts

E3 2017 - Tak Sabar Nak Tunggu Acara Bermula!


Wow E3 2017 dah semakin dekat! Walaupun pagi esok (pagi Isnin) E3 secara rasmi akan bermula, tapi kalau tak silap saya pagi ni dah akan ada satu conference dari EA.

Lagi sekali Youtube akan menyiarkan secara langsung acara yang ditunggu-tunggu oleh para gamers di laman web rasmi Youtube Gaming untuk E3.

Apa yang menarik untuk E3 kali ini?

Pada saya semestinyalah mengenai tawaran permainan daripada Nintendo. Dengan kejayaan
konsol terbaru mereka Switch maka sudah semestinya Nintendo mungkin akan merancakkan E3 kali ini dengan permainan-permainan baru untuk pengguna konsol tersebut dan juga konsol mereka yang lain.

Antara yang menarik minat saya ialah permainan baru dari karakter terkenal mereka Mario yang diberi nama Mario Odyssey.

Selain itu juga, syarikat pembina permainan video yang lain juga mungkin akan turut sama memperkenalkan karya mereka seperti yang saya ingin lihat adalah permainan Xenoblade Chronicle 2, Shin Megami Tensei dan lain-lain.

Untuk platform lain pula, sudah semestinya sangat banyak permainan-permainan baru akan diperkenalkan kepada umum. Antara yang menarik perhatian saya yang mungkin akan didedahkan oleh syarikat pembangunan permainan video ialah seperti Death Stranding, Spiderman, Assassin's Creed Origins, Call of Duty WWII dan lain-lain.

Pendek kata memang akan meriahlah E3 kali ini. Lebih-lebih lagi untuk edisi kali ini buat pertama
kalinya orang awam akan dibenarkan masuk kedalam dewan persidangan!

Saya jangka akan banyak video-video dari individu persendirian akan dimuat naik ke Youtube berkenaan E3 tahun ini.

Tak lupa juga mengenai konsol terbaru Xbox Scorpio yang juga akan dipertontonkan kepada umum melalui persidangan anjuran Microsoft.

Xbox Scorpio akan menjadikannya sebagai konsol paling berkuasa di dunia dan akan menyokong ciri 4K out-of-the-box.
E3 2017 - Tak Sabar Nak Tunggu Acara Bermula! E3 2017 - Tak Sabar Nak Tunggu Acara Bermula! Reviewed by shafiq on 12:27 AM Rating: 5

No comments:

Ad Home

Powered by Blogger.