recent posts

Kita Hanya Mampu Usaha, Hasil Kita Serah Pada Allah

Pada entri blog kali ini, saya rasa saya nak kongsi satu perkara yang simple sahaja. Perkongsian ini tak lebih daripada peringatan kepada saya sendiri untuk terus usaha dan usaha bagi mendapatkan kejayaan di dunia dan di akhirat, Insyaallah...

Baiklah perkongsiannya ialah tentang usaha.

Ya simple sahaja tajuknya iaitu usaha. Tapi ramai ker yang buat benda ni untuk berjaya?

Secara peribadinya saya sendiri seorang yang takut untuk beruasaha. Takut berusaha untuk berjaya!

Kerana apa? Kerana sebab utama saya dan mungkin ramai daripada kita yang takut untuk memulakan usaha adalah kerana takut gagal. Kita takut gagal jika usaha yang kita nak buat itu tak mendatangkan hasil atau kita rasa kita tak mampu nak selesaikannya.

Contohnya macam saya sekarang ni, saya agak takut sebenarnya untuk tulis entri blog ni. Takut satunya jika saya tak dapat nak siapkan artikel ni dengan hasil yang professional, mudah faham dan menarik kepada pembaca.

Ataupun ketika saya nak mula bisnes. Kalau bab bisnes ni memang banyaklah menjadi halangan untuk saya mula menjual.

Antaranya ialah:

  • Ada pasaran ke produk aku jual ni?
  • Betul ker cara aku marketing ni?
  • Ada ke orang nak beli kalau aku guna saluran pemasaran ni?
  • Kalau aku gagal macamana? Bazir masa tu...
Kalau kita fokus kepada perkara-perkara negatif ni, memang sampai bila-bila kita akan jadi penakut untuk bermula!

Perkara ini sesuai dengan kata-kata daripada Saidina Ali bin Abi Talib :
"Orang yang terlalu memikirkan akibat daripada sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani"
 Lagi pun, kita hanya boleh usaha tapi selebihnya adalah Allah yang menentukan.

Ya bunyinya agak klise tapi itulah realitinya dalam hidup. Ada orang
yang usaha sangat kuat tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Ada juga yang usaha ala kadar sahaja tapi hasilnya Subhanallah sangat menakjubkan!

Ada yang katakan perkara seperti ini adalah tuah dan saya pun agak bersetuju dengan itu. Memang banyak kisah kejayaan yang berpunca daripada tuah daripada yang lebih penting yang perlu kita tekankan ialah usaha.

Tanpa usaha, bertuah atau pun tidak ianya tak penting lagi kerana kita tak ada saluran untuk disalurkan rezeki bertuah tersebut.

Tajuk takut gagal ini memang saya bercadang nak kupaskan dalam entri-entri yang akan datang Insyaallah sebabnya untuk menulis terus dalam entri ini takut menjadi panjang pula.

Apa pun saya berdoa kepada diri saya sendiri dan pembaca sekalian untuk sentiasa bertindak dahulu lebih daripada merancang kerana dari tindakan itulah kita akan tahu samada ada
hasilnya atau pun tidak.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa untuk share di media sosial anda. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua.
Kita Hanya Mampu Usaha, Hasil Kita Serah Pada Allah Kita Hanya Mampu Usaha, Hasil Kita Serah Pada Allah Reviewed by shafiq on 4:09 AM Rating: 5

No comments:

Ad Home

Powered by Blogger.