recent posts

Mungkin Ini Cara Terbaik Untuk Kita Dapat Kebahagiaan

Tanyalah sesiapa pun, semuanya mesti mahukan kebahagian dan kegembiraan dalam hidup mereka. Pelbagai cara kita buat untuk dapatkan kebahagian dalam hidup dan selalunya kewanganlah yang menjadi fokus utama kita.

Jika anda menghidapi penyakit kronik seperti kemurungan, tekanan perasaan dan yang bersamaan dengannya secara berterusan hari demi hari sehingga mungkin ada terfikir untuk menamatkan nyawa sendiri, rasa bahagia dan gembira adalah sangat-sangat anda perlukan.

Ada pelbagai cara sebenarnya untuk kita kecapi kebahagian dalam hidup ini sebenarnya tetapi untuk entri kali ni, saya ingin kongsikan satu sahaja dahulu kaedah yang anda boleh gunakan untuk tujuan tersebut.

Kaedah ini percuma sahaja dan hanya perlukan 5 minit sahaja dari masa anda tetapi saya berani jamin, Insyaallah, hidup anda akan berubah.

Kalau tak jadi pertama kali, buat lagi dan lagi dan lagi tanpa putus asa. Saya yakin kaedah ini boleh memberikan kesan positif dalam hidup anda terutama sekali kepada mereka yang mengalami kemurungan dan tekanan yang kronik.

Jadi apa kaedah tersebut?

"DOA".

Ya doa.

Kaedah berdoa adalah jalan pintas untuk dapatkan kebahagian dalam hidup anda.

Eh jangan pergi dulu. Saya tahu mesti ada yang kata, "Ah saya dah banyak kali berdoa tapi hidup saya tak berubah pun. Stress jer memanjang ni".

Saya tak mahu komen panjang jika ada yang berikan reaksi macam itu cumanya saya harap anda tak berputus asa untuk berdoa kepada Allah dan teruskan lagi pembacaan ini kerana saya masih belum kongsikan seluruhnya apa isi yang penting.

Baiklah. Jika anda sebelum ini banyak berdoa kepada Allah untuk selesaikan masalah anda dan anda masih tak nampak jalan penyelesaian atau kebahagian yang anda cari, apakata tukarkan kepada siapa anda berdoa itu.

Maksud saya, mulai sekarang, masukkan sekali doa anda kepada orang lain.

Tak kiralah sesiapa pun tapi yang seeloknya mestilah kepada ahli-ahli keluarga kita.

Ada satu kaedah yang sangat menarik yang saya baca mengenai berdoa kepada orang lain. Saya bacanya dari dua buku tetapi saya hanya mahu kongsikan satu tajuk buku sahaja iaitu Tools of Titans karangan Tim Ferriss.

Dalam buku tersebut beliau kongsikan satu tip yang mudah untuk menggembirakan hati kita iaitu kita luangkan masa sebentar memohon kegembiraan kepada orang lain dengan cara memikirkan seseorang yang kita sayang dan berkata dalam hati atau lafaz, "I wish for this person to be happy."

Itu saja.


Mudahkan?

Tim selalu melakukan latihan 10 saat ini didalam talk beliau.

Dia menyuruh hadirin beliau untuk tentukan dua orang di dalam bilik dan hanya fikirkan, "I wish for this person to be happy, and I wish for that person to be happy".

Itu sahaja. Beliau juga mengingatkan mereka untuk tidak berbuat apa-apa atau berkata apa-apa selain daripada berfikir seperti tadi.

Hasilnya semua orang menjadi lebih gembira berbanding 10 saat sebelumnya.

Untuk kesan lagi oomph, apa kata apabila anda keluar mana-mana, anda doakan dalam hati untuk kebahagian sesiapa sahaja yang anda jumpa samada yang anda kenal ataupun tidak.

Jika anda buat begitu secara konsisten hari demi hari, mungkin dalam 5-10minit setiap hari, saya yakin hidup anda akan mula berubah.

Cubalah kaedah yang saya kongsikan ini dan jika anda ada perkembangan positif, sila komen dibawah. Saya tak sabar nak tahu perkongsian daripada anda.
Mungkin Ini Cara Terbaik Untuk Kita Dapat Kebahagiaan Mungkin Ini Cara Terbaik Untuk Kita Dapat Kebahagiaan Reviewed by shafiq on 3:32 PM Rating: 5

No comments:

Ad Home

Powered by Blogger.