recent posts

Mencapai 20x Push Up Setiap Hari (..lagi sekali)



Harini tiba-tiba rasa macam nak start exercise semula.

Sebelum-sebelum ni saya dah pasang angan-angan untuk buat sekurang-kurangnya 3 jenis senaman (body weight) setiap hari dengan rehat untuk setiap rep adalah selama 1 minit.

2, 3, malah 5 hari pertama saya memang ikut sasaran saya itu.


Tetapi ya lah, seperti manusia biasa yang lain, habit yang saya rancang supaya melekat untuk sepanjang hidup ni memang tak melekat juga.

Nak kena belajar banyak lagi ni tentang bagaimana nak buat habit baik melekat dalam diri...

Apa pun, harini saya kembali semula dengan impian baru untuk senaman iaitu mencapai 50x push ups dalam sehari!

...itu sasaran saya pada mulanya tapi bila tengok balik saya kena tukar ke 20x sahaja setiap hari. Takut pula tengok angka 50 tu...

Insyaallah kalau sampai target 20x pushup sehari, saya akan push kan nombor tu kepada 50x sehari pula. Doakan saya ya pembaca sekalian.

Jadi macam biasa, saya buat carian di Google tentang bagaimana untuk mulakan push up dari kosong.

Dari artikel-artikel yang saya baca, ada banyak poin-poin menarik yang saya akan gunakan sepanjang misi sukar ini (macam nak pergi berperang bunyinya...)

Antara poin-poin tersebut ialah:

  1. Kesilapan utama kebanyakan orang dalam melakukan pushup ialah mereka bengkokkan belakang mereka dan jatuhkan pinggang mereka. Untuk baiki kesalahan ini adalah dengan bayangkan kita seperti selonggok kayu balak ketika melakukan push up.
  2. Tahu keupayaan anda. Permulaan kepada sesuatu perkara memang adalah susah. Untuk push up, saya merancang untuk buat 5-10 rep untuk satu set, 2-4 set setiap hari yang dijarakkan pada hari tersebut.
Jika sebelum ni saya selalu fikir untuk dapat keputusan yang positif dari sesuatu senaman, kita perlu buat senaman sehingga kita letih dan tak terdaya pada satu masa yang kita dah tetapkan untuk satu hari.

Sekarang dengan maklumat yang saya ada, saya akan pisahkan pushup tersebut kepada beberapa set dan pada beberapa waktu tertentu dalam sehari.


Saya bercadang untuk buat satu set sebelum mandi pagi, satu set selepas pulang dari kerja dan satu set lagi sebelum mandi malam.

Saya rasa cara ini boleh membantu saya untuk mencapai sasaran saya iaitu buat 20x rep push up berturut-turut dalam masa 30 hari!

Insyaallah.


Tak sabar saya nak mula harini bila dah sampai rumah.

Doakan saya berjaya. Kalau anda ada apa pandangan, cadangan atau komen, teruskan kongsi di komen di bawah.
Mencapai 20x Push Up Setiap Hari (..lagi sekali) Mencapai 20x Push Up Setiap Hari (..lagi sekali) Reviewed by shafiq on 4:03 PM Rating: 5

No comments:

Ad Home

Powered by Blogger.