recent posts

Stress Dengan Masalah? Ini Mungkin Penyelesaiannya

Anda ada masalah yang sangat besar (mengikut pandangan anda) dan anda buntu mencari cara untuk menyelesaikan masalah anda tersebut. Masalah ini membebankan fikiran anda seterusnya mengusik emosi seharian sehingga menjejaskan pula tahap kesihatan diri.

Tetapi sebenarnya, jika anda letakkan masalah anda tersebut kepada perspekif yang betul, ianya mungkin bukan masalah yang besar mana sekalipun.

Saya ambil beberapa contoh utama yang sering berlaku kepada pelbagai jenis manusia:

1) Anda putus cinta. Penyelesaian : So what? Ramai lagi lelaki/perempuan yang awesome atau lebih awesome daripada cinta anda sebelum ini. Jangan terlalu layan perasaan anda yang mengatakan bahawa cinta anda sebelum ini adalah sangat perfect dan anda rasa rugi hubungan dah putus.

2) Anda tak ada/diberhentikan kerja. Penyelesaian: So what? Dengan zaman sekarang yang dapat menyambungkan seseorang dengan seluruh dunia melalui media sosial misalnya, anda boleh untuk memulakan perniagaan sendiri menggunakan apa yang ada ditangan.

Mungkin juga anda boleh memasarkan skil yang anda telah pelajari sepanjang pekerjaan anda sebelum ini.

Atau anda boleh mula menulis di blog peribadi samada percuma atau berbayar dan cuba dapatkan duit melalui pengiklanan seperti Google Adsense, pemasaran affiliate, dan lain-lain.

Anda juga boleh jadikan Youtube sebagai guru anda dan belajar untuk menguasai skil-skil yang boleh ditukarkan kepada sebuah perniagaan seperti makanan(sushi, burrito, lasagna, pasta dan beribu lagi makanan yang diminati ramai orang), programming (skil ini sangat bernilai pada masa sekarang), pertukangan, edit video, rekabentuk grafik, membuat kasut, mangait, dan banyak lagi. 

Cari minat anda dan belajar untuk kuasai minat tersebut. Apabila anda buat perkara yang anda minat, maka lebih cepat untuk anda menguasainya.

Sambil-sambil itu anda boleh juga terus mencari pekerjaan lain samada offline ataupun online.

Apa yang saya nak tekankan disini ialah jika anda letakkan perspektif yang betul pada masalah anda, ianya mungkin bukannya masalah yang besar pun!

Satu lagi, anda boleh cuba bayangkan mungkin pada 5 tahun akan datang, masalah yang anda begitu runsingkan ini dah selesai dan anda sedar bahawa ianya bukanlah satu masalah yang besar mana sebenarnya.

Satu lagi cara yang saya belajar dari Tim Ferriss, seorang usahawan terkenal dari US ialah anda cuba bayangkan yang anda sedang melihat langit dan bintang-bintang. Gunakan imaginasi anda untuk keluar dari Bumi dan cuba untuk melihat Bumi dari ruang angkasa yang tersangat luas.

Cuba anda bandingkan masalah anda dengan luasnya alam ini dan mungkin anda akan rasa lebih tenang dari sebelum ini. Dan percayalah, dengan ketenanganlah apa-apa masalah mungkin dapat diselesaikan.
Stress Dengan Masalah? Ini Mungkin Penyelesaiannya Stress Dengan Masalah? Ini Mungkin Penyelesaiannya Reviewed by shafiq on 4:03 PM Rating: 5

No comments:

Ad Home

Powered by Blogger.