recent posts

UI Windows 10 Akan Lebih Hebat dan Cantik Pada Masa Akan Datang

Sebagai pengguna Windows 10 yang tegar (sebab laptop yang saya pakai sekarang tak boleh guna MacOS...), saya sangat ternanti-nanti dengan update terbaru dari Microsoft yang akan dikeluarkan pada bulan April ini.

Versi update tersebut yang diberi nama Creator Edition akan membawakan pelbagai pembaharuan kepada Windows tetapi kebanyakannya hanyalah kepada perisian dan sangat sedikit yang diberi fokus oleh Microsoft kepada rekabentuk antaramuka Windows itu sendiri.

Tapi berita semalam yang saya baru baca sangat mengujakan saya - akhirnya Windows 10 akan mempunyai elemen UI seperti MacOS!

Itulah yang kita akan dapat untuk update Redstone 3 dari Microsoft yang mungkin akan keluar sebelum tahun 2018.

Cuba anda lihat screen shot dibawah ini :




Upgrade Windows 10 ini diberi nama Project Neon dan membawakan pelbagai kemaskini UI kepada Windows. Jika anda ingat, Windows 7 pernah menggunakan UI ala ala kaca yang dipanggil Aero Glass.

Project Neon bolehlah dikatakan sebagai versi terbaru Aero dengan membawakan kemaskini yang lebih kemas, konsisten dan disertakan juga dengan animasi baru.

Saya secara peribadinya sangat suka dengan Windows 10 sekarang walaupun masih banyak yang perlu dibaiki oleh Microsoft mengenai rekabentuk UI nya yang masih ada lagi elemen lapuk dan ketinggalan zaman.

Saya sangat-sangat tak sabar untuk mencuba UI terbaru ini apabila ianya keluar kelak. Ini adalah langkah yang sangat bijak oleh Microsoft untuk memodenkan lagi sistem operasinya setanding dengan MacOS (terima sahajalah hakikat yang MacOS punyai rekabentuk yang sangat moden, cantik dan mesra pengguna).

Hat off to you, Microsoft!
UI Windows 10 Akan Lebih Hebat dan Cantik Pada Masa Akan Datang UI Windows 10 Akan Lebih Hebat dan Cantik Pada Masa Akan Datang Reviewed by shafiq on 3:04 PM Rating: 5

No comments:

Ad Home

Powered by Blogger.