recent posts

Kenapa Tak Boleh Login Windows Store Ni...

Geram betul dengan Windows Store yang baru diperkenalkan Microsoft pada Windows 10 ni. Sudah lebih seminggu rasanya saya cuba login tapi sampai sekarang masih tak berjaya.

Dah beberapa cara saya cuba seperti:

  • Buka command prompt dan jalankan wsreset.exe - GAGAL 
  • buat akaun Windows baru dan cuba login dari situ - GAGAL (boleh tahan sabar lagi...) 
  • buka Powershell dan run skrip panjang yang saya tak ingat ambil kat mana. (Kalau saya ingat Insyaallah saya akan paste disini) - GAGAL (hati dah mula panas dah sekarang!) 
Itu sahajalah cara yang saya berani buat sekarang.

Ada lagi satu cara selain format semula Windows yang saya jumpa iaitu run satu executable dari folder Windows/System32. Program tu tentang out of box experience rasanya. Tapi tak berani nak cuba takut setting, program dan lain-lain ada yang hilang.

Saya nak login Windows Store hanya untuk download satu app sahaja - Microsoft Reader. Reader ialah satu app dari Microsoft yang hadir bersama dengan Windows 8 dan versi awal Windows 10 dan saya sangat suka app ni.

Untuk kegunaan asas membaca fail PDF terutamanya pada sebuah tablet/convertible macam yang saya pakai sekarang adalah sangat sesuai sekali. Reader ni adalah sebuah no fluff app dan sebab itulah ianya sangat ringan - hanya bersaiz lebih kurang 16MB sahaja!

Disebabkan saya tak dapat nak pakai app Reader ni, alternatif yang saya pakai sekarang ialah Foxit Reader... yang bersaiz lebih kurang 80 MB!

80 FREAKING MB JUST TO READ PDF!

Tak lojik langsung... Lagipun Foxit Reader ni tak register touch input apabila saya baca PDF pada mod skrin penuh. Macamanalah nak selesaikan masalah ni.. Ada tak pembaca yang tahu PDF reader yang seringan app Reader? Atau ada pembaca yang tahu bagaimana saya boleh selesaikan masalah tak boleh login Windows Store?
Kenapa Tak Boleh Login Windows Store Ni... Kenapa Tak Boleh Login Windows Store Ni... Reviewed by shafiq on 2:59 PM Rating: 5

No comments:

Ad Home

Powered by Blogger.