recent posts

Pengumuman Produk Terbaru Apple - iPhone 6S dan 6S Plus


Apple pagi tadi telah mengumumkan barisan produk-produk terbaru kepada keluarga Apple. Antara yang mencuri perhatian ialah update untuk beberapa produk mereka sepert iPhone 6S, iPhone 6S Plus dan iPad Pro.

iPhone 6S dan 6S Plus

Tiada banyak yang berubah dari segi rekabentuk 2 kemaskini iPhone ini berbanding dengan versi terdahulu. Kedua-duanya masih menggunakan saiz skrin yang sama iaitu 4.7 inci untuk iPhone 6S dan 5.5 inci untuk 6S Plus.

Apple juga menekankan bahawa mereka telah memilih untuk menggunakan binaan yang lebih berkualiti untuk produk terbaru mereka ini iaitu logam yang lebih kukuh dan skrin yang lebih kuat daripada versi-versi iPhone terdahulu. Langkah ini mungkin kerana masalah kepada iPhone 6 dan 6 Plus sebelum ini yang dikatakan mudah untuk dibengkokkan jika disimpan didalam poket.

Apa yang menjadi fokus utama kepada iPhone 6S dan 6S Plus ialah pengenalan kepada 3D Touch iaitu satu ciri yang dibawa daripada Apple Watch. Dengan ciri 3D Touch ini pengguna iPhone boleh menekan dengan kekuatan tekanan yang berbeza untuk mengeluarkan akses pantas semasa menggunakan iOS 9.

Kedua-dua iPhone ini juga menggunakan cip pemprosesan terbaru yang dinamakan sebagai A9. A9 dikatakan mampu 70 peratus lebih pantas daripada A8 untuk kegunaan CPU dan 90 peratus lebih pantas untuk kerja-kerja grafik. Satu angka yang sangat tinggi dan pastinya akan menggembirakan pengguna produk ini.

Selain itu cip sensor pergerakan juga telah dipertingkatkan kepada M9 dan kali ini dipasangkan sekali dengan cip A9 dan juga sekarang akan sentiasa terbuka. Touch ID juga telah dipertingkatkan kepada versi ke-dua dan mungkin dalam versi ini sensornya akan lebih pantas dan lebih tepat berbanding versi sebelumnya.

Paling menarik bagi saya ialah peningkatan kepada ciri kamera pada iPhone dimana untuk kali ini, Apple mempertingkatkannya kepada 12 megapiksel berbanding 8 megapiksel sebelum ini. Dengan itu sekarang iPhone boleh merakam video bersaiz 4K. Kamera hadapan juga dipertingkatkan kepada 5 megapiksel. Kamera ini juga mempunyai satu ciri baru dimana skrinnya akan menyala putih ketika membuat rakaman selfie.

Kesemua versi terbaru iPhone akan ditawarkan dalam 4 warna termasuklah satu warna terbaru iaitu Rose Gold. Singapura dikatakan menjadi negara terawal yang akan menerima iPhone 6S dan 6S Plus. Untuk Malaysia pula masih belum ada pengumuman rasmi.



Apa pandangan anda? Adakah anda akan membeli versi iPhone terbaru ini? Kongsikan pandangan anda tersebut di bahagian komen.


Pengumuman Produk Terbaru Apple - iPhone 6S dan 6S Plus Pengumuman Produk Terbaru Apple - iPhone 6S dan 6S Plus Reviewed by shafiq on 12:09 PM Rating: 5

No comments:

Ad Home

Powered by Blogger.