recent posts

Dunia Pilih Kamu, Pokemon GO!


Anda masih ingat lagi apa itu Pokemon? Kalau anda dari golongan yang lahir pada tahun 80an dan 90an mesti sangat kenal dengan siri animasi dan permainan Pokemon hasil karya daripada syarikat permainan Nintendo.

Mungkin juga anda adalah peminat tegar Pokemon dan memiliki koleksi permainan-permainan yang banyak dari versi untuk Gameboy hinggalah kepada Wii U. Dengan ayat tagline yang sinonim dengannya iaitu "Gotta Catch Them All!", sekarang, ada satu lagi versi terbaru yang sudah menggegarkan dunia dan bakal juga memeriahkan senario permainan video di Malaysia iaitu Pokemon GO.

Pokemon GO adalah satu permainan pada telefon pintar yang menggunakan teknologi-teknologi hebat dan menarik seperti augmented reality dan permainan berasaskan GPS untuk menarik minat pengguna telefon pintar dengan membawakan pengalaman bermain yang sangat menarik dan interatif.

Betapa menariknya permainan ini sehingga menyebabkan sampai ke hari ini ada sahaja berita-berita mengenai Pokemon GO samada ianya menyentuh mengenai pemainnya mahupun artikel-artikel yang menekankan mengenai perniagaan yang berkaitan dengannya.

Antara yang menarik yang saya mahu kongsikan sedikit disini ialah mengenai seorang pekerja lelaki di Amerika kalau tak silap saya yang sanggup berhenti kerja yang telah dijawatnya selama 6 tahun untuk pergi memburu Pokemon di pelbagai tempat. Ada juga yang sampai pergi ke tempat-tempat larangan seperti Area 51 iaitu tempat ketenteraan pihak kerajaan Amerika Syarikat semata-mata untuk melihat apakah Pokemon yang ada disana (dengarnya Pokemon di tempat tersebut adalah sangat rare).

Ada juga berita kemalangan dilaporkan disebabkan oleh pemandu kereta yang memberhentikan kenderaan secara tiba-tiba untuk menangkap Pokemon yang dilihat ketika memandu. Parah juga penangan Pokemon GO ini sebenarnya.


Tapi apa yang lagi menariknya ialah mengenai bagaimana cara untuk pemilik bisnes untuk menggunakan Pokemon GO sebagai medium pemasaran mereka. Ianya satu pendekatan yang sangat-sangat menarik sekali dimana dari pembacaan saya, pemilik perniagaan boleh membeli pas yang berharga tertentu untuk "meletakkan" Pokemon di premis perniagaan mereka. Hasilnya, trafik ke kedai mereka akan semakin meningkat dan jualan juga mungkin akan meningkat sama.

Ada juga yang menawarkan diskaun dalam jumlah tertentu jika pelanggan yang datang ke kedai mereka adalah daripada kumpulan 'clan' yang sama. Sangat sangat menarik.

Pakar juga ada menyatakan mengenai kemungkinan fenomena ini akan memberikan kesan kepada penyedia perkhidmatan menarik pelanggan seperti Groupon dan Foursquare dimana pemilik bisnes mungkin akan beralih arah untuk mengiklankan perniagaan mereka melalui Pokemon GO berdasarkan jumlah penggunanya yang sangat ramai - lebih 60 juta pengguna pada masa artikel ini ditulis.

Jumlah itupun tidak termasuk lagi ke atas pasaran-pasaran lain selain Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan beberapa lagi negara kerana masih banyak lagi negara yang tidak dapat merasakan fenomena Pokemon GO sepertilah kita rakyat Malaysia.

Sedih juga kerana Malaysia masih tidak dibuka pasarannya untuk bermain Pokemon GO. Jika anda pergi ke Playstore atau Appstore, tidak akan muncul permainan ini pada gadget anda. Tapi usah khuatir kerana dengar khabarnya Nintendo akan melepaskan Pokemon kepada kita mungkin pada akhir bulan ini.

Jika anda tak sabar-sabar untuk merasa permainan Pokemon GO yang akan menawan seluruh dunia ini, jangan lupa untuk Like Facebook Page Pokemon GO Malaysia untuk mendapatkan info-info terbaru disana. Banyak pos-pos menarik dan lawak untuk hiburan anda.

Go GO Pokemon GO!
Dunia Pilih Kamu, Pokemon GO! Dunia Pilih Kamu, Pokemon GO! Reviewed by shafiq on 12:30 PM Rating: 5

No comments:

Ad Home

Powered by Blogger.